Thursday, November 10, 2011

Contest Gambar Cool

Contest ini dibawa khas oleh Amni Asyikin, penuntut sebuah pengajian tinggi awam yang seringkali dibangga-banggakan diblog ini iaitu tidak lain tidak bukan, UiTM Machang! *Big Applause*
Menurut profil gadis yang diberi nama Amni ini, dia mengaji (keluar sikit ha, rindu Kelantan ni sebenarnya) jurusan Information Management. Haaa! Ni mesti junior Fatin Izyan ni.
Amni, awak kenal kakak senior awak ni tak? Cewahhh!

Kalau kami masih di sana boleh duduk semeja dekat Sigai lepastu order nasi kukus dan pilih ayam goreng paling besar lalu makan bersama-sama ;)
(Rindunya nasi kukus oii! Walaupun masa final sem makan ada serpihan dawai cuci pinggan dalam tu. Pfffftttt!)


Ini dia gambar yang ingin dipertandingkan. Sememangnya Tokmak kita memang yang paling cool! Fyi, she just turned 80 last October. Alhamdulillah.

Photo was taken on 23rd October 2011. A day after my graduation ceremony. Tak puas-puas celebrate lagi sebenarnya hehehe

Gambar di bawah pula, adalah gambar penyeri entry :)


P.S, Insyaallah next update will be about my convocation day! Take care readers!