Thursday, January 27, 2011

Hospital dan paranormal activity

YE YE OO je 7 more days to home (previous post). 7 more days yang macam 70 more days actually!
As usual, 'Izzat being the sweetheart that he is. Bawak I pergi hospital, tunggu sorang-sorang gila lama then cheering me up by telling jokes & cerita hantu. Cerita hantu which scene dia took place in that particular emergency room! Tapi cerita tu dia takde pulak konon dah balik :p We had fun continuing each scene. The whole story buat I tak sabar nak baik & balik sebab tak nak jadi paranormal activity version sendiri! hohoho :DD

Sedih & takut at the same time bila jumpa macam-macam orang dalam emergency room tu. First jumpa pakcik ni dia mengeletar satu badan. Bukan mengeletar macam korang baru keluar mandi swimming pool lama-lama tu. Tapi mengeletar gila-gila macam tak boleh stop tu. Terus insaf kita tau. Next, jumpa ada budak perempuan India ni tangan dia darah-darah sebab dia actually pergi cucuk-cucuk for Thaipusam tu then terlanggar tersangkut kat mana tah subang dia pakai tu masa tengah mandi. The way she cried tu, MAK AI! takut weh. Then ada this budak lelaki melayu pulak kene parang. Yang ni tau pun sebab 'Izzat yang cerita. Tak nampak sangat because masa tu I dah landing atas katil. Lepastu nampak nurse semua kelam kabut sebab budak tu pengsan tu yang tanya 'Izzat tu kenapa dengan budak tu. Bila semua dah calm down. Tiba-tiba around 9pm kelam kabut balik ada 5 patient baru masuk ingatkan apa rupanya histeria. Memang scarylah takut kita pulak terkena sekali. Pelik je kenapa histeria bawak pergi hospital pulak. Nampak macam budak-budak asrama. Maybe warden dia which is perempuan panic kot tak tau nak buat apa bila sorang-sorang pengsan. Hmmm maybe.. Ada yang pengsan, ada yang menggigil-gigil, meronta-ronta dengan muka scary gila macam nampak apa je. Memang tak lah I nak tido situ kan, dah tadi syok sambung cerita hantu ni dah macam nak jadi betul pulak. Lucky me masa ni nak keluar dah emergency room. Bila lalu dekat diorang terus I cakap "you, jangan tengok mata dia" padahal diri sendiri yang rasa macam nak tengok sangat. Nasib dapat tahan nafsu mata dengan baik :) Alhamdulillah kitorang takde kena apa-apa & Alhamdulillah the last 3 days before going back to Shah Alam semua ok ok je. My first critic session for 6th semester went well. I'm sticking with my last semester's issue which is documentation on airplanes. Will soon update you with last semester's punya kerja. Take care everyone! ;)

P.S, hospital Tanah Merah best! Atas bukit lagi! Kalau kat KL memang takkan dapat hospital yang environment dia gila friendly macam ni. Friendly yang I maksudkan bukan sahaja nurse-nurse dia tapi semua-lah! Tempat dia very lively, satu tingkat je tapi best! Depan bilik ada playground lagi! Petang-petang patient boleh jalan-jalan kat taman. Maybe tak ramai yang suka hospital macam ni. Tapi I suka gila! Paling best sebab guna kipas je. Memang sesuai sangat untuk orang yang tak tahan sejuk macam I. Takde la rasa mati beku je duduk hospital :)