Thursday, June 10, 2010

Terowong Masa, Cameron Highlands

Bila bercakap tentang Cameron Highlands, mesti ramai yang terbayang strawberries, cactus, roses, butterflies dan sewaktu dengannya kan. Ada lagi satu tempat ni ramai yang macam "eh, ada ni dekat Cameron? tak tahu pun".
Ni dia!
Photobucket
UT/MR/F-255, Jalan Sungai Burung, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang
Operating Hours: 8.30AM - 6.00PM

Yes memang ada dekat Cameron Highlands & tempat dia memang sangat cool. Semua barang-barang antik. Ada beberapa bahagian di antaranya bahagian yang anda akan rasa macam berada di dalam rumah dulu-dulu dengan kelengkapan barang-barang antik macam tempat seterika baju, mesin jahit, dapur lama, dapur arang dan banyak lagi. Ada juga bilik darjah kecil siap dengan meja semua lengkap. Pengunjung bebas berbuat apa-apa posing lah berhabis-habisan ya. Semua boleh pegang cuma jangan terpecahkan termasuk poket dah lah ya. Lepas tu ada macam-macam jenis telefon lama dalam tu. Telefon rumah? public phone? semua ada lah! Yang paling best ada salon yang interior dia semua habis retro. Bar pun ada. Macam-macam jenis minuman ada. Packing semua stok yang lama-lama punya. Cashier dia pun cool. Banyak lagi bahagian-bahagian yang menarik macam bahagian selebriti dulu-dulu. Tan Sri P.Ramlee la main focus dia. Surat beranak, lesen dia semua ada. Wajib pergi ni! Make sure sebelum pergi bateri kamera cas bagi full dulu ya kalau tak jadi macam kitaorang dapat tangkap gambar sikit je lepas tu bateri pun empty. Geram betul. Memang kene pergi lagi sekali ni. Tapi tak apa, Time Tunnel ni memang akan sentiasa update barang-barang dia. Kira kalau pergi je mesti ada yang barulah so memang tak rugi kan? Lagipun entrance fee dia memang murah sangat. RM5 sahaja untuk dewasa.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Bila dah masuk Time Tunnel ni baru perasan yang susu cap junjung ni dah tak ada dah di pasaran. Patut la mama tak ada nak beli dah susu cap ni.

Map to Time Tunnel
Photobucket